Pada harini kami telah mempelajari apakah itu 5S. 5S hendaklah menjadi sebahagian daripada rutin budaya harian semua orang.
Dengan mengamalkan budaya 5S ini anda dapat membuatkan tempat kerja anda lebih bersih dan kemas.
Apakah itu 5S ?
5S merupakan satu amalan budaya daripada masyarakat Jepun, dengan fokus untuk menghasilkan satu persekitaran yang lebih bersih dan kemas. Jika masyarakat kita juga mengamalkan dan menambahbaikan budaya tersebut ia dapat membuatkan negara kita lebih bersih dan kemas
3S yang hendak diamalkan oleh individu ialah :
SISIH
Mengasingkan barang atau dokument yang tidak berfaedah dan tidak di perlukan di tempa kerja untuk membuatkan kawasan persekitaran anda lebih bersih dan kemas.
SUSUN
Menyusun barang-barang yang hendak digunakan secara teratur dan mudah di ambil dan dapat dikembalikan ke tempat tersebut setelah digunakan.
SAPU
Membersih dan memeriksa tempat kerja secara berkala dan meleyuruh supaya tiada habuk atau kekotoran pada atas lantai, mesin dan peralatan.
2S yang hendak di amalkan secara berkumpulan/semua orang :
Seragam
Mengekalkan tahap piawaian penyusunan tempat kerja yang tinggi dengan menekankan kebersihan dan kekemasan pada setiap masa
Sentiasa Amal
Melatih pekerja mematuhi sistem persekitaran berkualiti secara berterusan supaya ia menjadi amalan dan budaya kerja dalam organisasiKenapa 5S?
- Tempat kerja lebih bersih dan kemas
- Tempat kerja lebih selamat
- Hasilnya mudah dilihat oleh semua orang
- Menjana pemikiran kreatif kakitangan
- Meningkatkan disiplin secara semulajadi
- Kakitangan berbangga dan menghargai tempat kerjanya
- Meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap perkhidmatan yang diberikan
- Kebersihan
- Kekemasan
- Kemudah-kesanan (Mudah di kesan jika berlaku masalah)
- Keselamatan
- Komunikasi
No comments:
Post a Comment